Minggu lepas dah pasang grill..

Next mission?
- Kabinet Dapur?
- Beli kamera ?
- Melancong?
Money, money come to me bebeh!

Minggu lepas dah pasang grill..

Next mission?
Money, money come to me bebeh!

Pertama kali aku tgk teater ialah masa aku kecik-kecik dulu, daDDy bawa kami sekeluarga pegi tgk teater kanak-kanak, tajuknya aku dah lupa. Masa tu pementasan di MATIC. Seronoknya bagai nak rak sampai aku terhafal-hafal la kan lagu-lagu yang dinyanyikan masa pementasan teater tu.
Lepas tu lama aku tak tengok teater. Tapi aku mmg minat dengan pementasan. Dalam teater, rasa antara penonton dan pelakon mesti bersatu. Ada connection terus, secara langsung. Dulu masa skolah, ada jugak aku masuk pementasan. Tapi stakat tu je lah. Bakat tak terkembang. Kalo berkembang mesti aku dah jadi pelakon.. hahaha (teringat aku jawab kuiz kat fb, kerja yang sepatutnya aku jadi adalah pelakon.). Sejak dah keje dan pegang duit sendiri, mula la aku berjinak-jinak balik tengok teater. Bagi aku teater ni lagi mencabar dari berlakon filem, takde masa nak cut-cut, kena jaga skrip dan langkah. Kalo dah silap tu pandai-pandai la kaver line. Yang paling penting suara kena sedap kalo nak nyanyi live. Kalo tak orang boo je tak tentu pasal.
Banyak-banyak teater, aku lebih suka tengok teater yang bergenre ringan macam teater kanak-kanak. Sbb tu asal ade je teater kanak-kanak, aku akan cuba sedaya upaya nak pegi. Macam tak matured la pulak kan. Teater yang heavy aku bukan tak suka, tapi perlukan pemahaman yang mendalam, kadang-kadang kena tahu tentang latar belakang kisah yang dipentaskan baru leh tangkap apa maksud teater tu. Dalam panggung, suara pelakon kadang-kadang tenggelam dengan muzik. Kadang-kadang penyanyi latar tu lagi over nyanyi kuat gila banding penyanyi utama. So, dengan keadaan aku yang sentiasa malas nak sakit kepala membuka telinga, aku lebih memilih teater yang ringan.

Cuci the Musical, the one yang aku nanti-nantikan. Aku suka filem Cuci, ada satu part dalam filem tu yang aku suka. Part impian Fairil (Afdlin) untuk mencuci bangunan KLCC. Dia nak cuci KLCC sbb katanya bangunan kebanggaan Malaysia, patutnya rakyat Malaysia yang cuci. Taktau kenapa bab tu aku ingat sangat-sangat. Macam kena kat batang hidung sendiri. Sbb tu aku tak sabar nak tunggu CTM. Buat tak nampak je lah kuarkan duit nak beli tiket demi nak tengok teater ni. Pilih seat btol2 depan pentas, bajet nak tgk muka Awie, Afdlin, AC dan Hans dekat-dekat. Memang dekat btol, depan muka aku je dorang berdiri. Kalo aku tarik kaki dorang, konpem jatuh tersungkur depan aku.
Show ni memang best dan tidak mengecewakan. Ada sesuatu yang menarik yang aku tak dapat dalam filem. 3 jam lebih tak terasa langsung. Sesaat pon tak terlena. Memang meremang dengar Awie nyanyi. Fuh takyah gi konsert, kat sini pon leh dgr dia nyanyi dengan begitu ah-syik mah-syuk nya. Hans, Afdlin dan AC pon nyanyi best jugak. Tak sangka suara Hans boleh tahan sedap. Ditambah pulak lakonan mantap Adibah Noor, Harith Iskandar dan Vanida Imran. Serius teater ini lebih sedap dari filem, walaupun suara Afdlin serak-serak.

Pengakhiran teater, audience bangun bagi standing ovation, aku tgk Hans dan Afdlin menangis terharu. Memang tak dapat tengok kat filem, bukan lakonan, dorang btol2 nangis!! Audience tak henti bertepuk tangan, mereka berempat berpelukan dan terus menangis sambil mengucapkan terima kasih. Aku pun dah nangis bila tgk dorang nangis (sentimental btol la aku ni). Well, aku btol2 rasa dorang memang all out untuk show ini. I can feel the tiredness (gila kau kalo hari-hari praktis panjat bangunan cuci tingkap), the pain, the stress, the wateva yang dorang lakukan demi teater ni. Bila dapat penghargaan dari penonton, memang hilang segala penat.

Tahniah kpd semua yang terlibat dlm pementasan ini. Kalau u all buat teater lagi, aku tak teragak-agak pegi. Tak kesah la tiket paling mahal pon aku sanggup! Coz nampaknya korang paham apa yang penonton mahu.
* Gambar kurang memuaskan. Dalam panggung takleh amek gambar, nanti kena panahan laser sang penjaga panggung.

Smalam Daus tegur aku sbb dah lama tak hupdate blog. Padahal aku tgk blog dia lagi la berbulan tak hupdate.. Hehehe.. takpe lah aku paham ko sibuk habiskan tesis. Tak lama lagi dah nak dpt master, adoi jelesnya aku!
Skang ni bila baca paper banyak pulak citer sejadah berdiri. Tgk berita pon 2 hari berturut² cerita sejadah berdiri. Jadi macam musim pulak. Kalo dulu musim ular makan orang, hari-hari ada cerita ular makan orang. Bila musim mati mengejut, ramai pulak orang mati mengejut.
Pasal sejadah berdiri, aku pun pelik. Ada ke orang saja-saja nak susun sejadah tu berdiri macam tu? Ada sebab Allah jadikan semua tu, kalo Allah tak izinkan ianya takkan terjadi. Tapi kita amiklah hikmah, jangan sampai terpesong akidah. Dekatkanlah diri dengan Allah, jauhkan larangannya. Agaknya sejadah tu sembahyang pasal kita ni tak sembahyang, mana la tahu kan. Aku menasihatkan diri sendiri.
Pastu terbaca lagi pasal baby yang kakinya ada ayat Quran timbul seminggu 2x, ayat yang berlainan pulak tu setiap kali. Baby tu menangis setiap kali ayat tu nak keluar. Subhanallah, Allah tunjukkan kuasaNya kepada kita.
Semakin lama hidup, terasa semakin dekat aku dengan mati. Apa lagi aku telah kehilangan 3 orang terdekat dalam 2 bulan yang lepas, bulan Ramadan dan Syawal. 10 hari selepas pemergian nenda, anaknya pula menyusul menghadap Ilahi. Mak Ngah ku pula mengambil giliran dijemput Allah. Berbondong-bondong pulak kami berkumpul sanak saudara di rumah arwah Mak Ngah kat Trg. Mungkin ini satu petanda, untuk aku ingat tentang mati. Mungkin juga hikmah untuk kami, sedangkan kami jarang sekali berkumpul begini. Kalau raya pon tak dapat kumpul ramai-ramai macam ni.
Sebabkan keluarga aku dah makin kecik, maka aku skarang lebih menghargai apa yang aku ada. Bukanlah selama ini aku tak menghargai apa yang ada di depan mata, cuma kadang-kadang aku terleka. Selalu aku terleka dari menunaikan tanggungjawab. Aku cuba, cuba dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikan segalanya.

“Mak Ngah.. meninggal tu ape?”
“Erm.. meninggal tu..passed away..” (Mak Ngah blur nak jawab apa kat budak kecik ni)
“Passed away tu apa?”
“Passed away tu..like tok nyang..tok nyang cannot eat anymore, cannot walk anymore, cannot talk anymore..so, tok nyang dah passed away lah..”
“Why we bring tok nyang here?” (refer to kubur)
“Becoz..we keep somebody who passed away here, at kubur. “
Aku tak sure Rauqah faham atau tidak tentang mati. Tapi aku pasti dia faham tentang seseorang yang telah mati akan dibawa ke kubur.

Satu lagi pemergian insan menghadap Ilahi. Satu lagi kesedihan untuk aku dan keluarga.
Aku telah merasai 2 pemergian orang terdekat dalam tempoh sebulan.
Al-fatihah buat arwah nenda yang telah kembali ke rahmatullah pada 07.10.09. Pemergian ini sangat menyedihkan. Aku kehilangan lagi seorang insan istimewa, insan yang melahirkan ibuku ke dunia ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Tahun ni aku buat umah tertutup.
Jadi, sila jgn jangan datang.

Hujung minggu ini,
dapat banyak jemputan umah terbuka.
Terima kasih kerana mengundang.
Tapi maaf, aku mungkin tak dpt menghadiri semuanya.
Tak sempatttttt!!!
Korang sume pakat buat minggu ni pulak.
Kan gaji blom masuk.
Awat tak buat minggu depan, sekali ngan Deepavali ehh??